Posts

Showing posts from June, 2023

Food Fest Rasa Fusion & Karnival Belia Madani 2026 Bakal Gegarkan Padang Rengas! Ada Konsert Artis & Makanan Viral

Image
Berita baik buat warga Kuala Kangsar dan kawasan sekitarnya! Jika sebelum ini kita sering melihat festival makanan berskala besar hanya berpusat di bandar-bandar utama, kali ini kemeriahan itu akan dibawa terus ke tempat kita. Bersedialah untuk memanjakan deria rasa anda kerana festival makanan yang ditunggu-tunggu, Food Fest Rasa Fusion , kini sah akan berkampung di Padang Rengas! Ini bukan acara biasa-biasa. Ini adalah festival berskala besar yang bakal menggegarkan Padang Rengas! Buat warga Kuala Kangsar dan kawasan sekitar, bersiap sedia untuk merasai pengalaman luar biasa kerana Rasa Fusion Food Festival 2026 kini bergabung dengan Karnival Belia Madani menjanjikan hiburan non-stop dan syurga makanan buat anda sekeluarga. Berlangsung selama 4 hari berturut-turut dari siang membawa ke malam, acara ini pasti menjadi port wajib singgah untuk hujung minggu anda! Simpan Tarikh Penting Ini! (Save The Date) Jangan tunggu minit terakhir untuk rancang perjalanan anda kerana acara ini di...

Pengeluar Telur Masin di Manong Mahu Menembusi Pasaran Kuala Kangsar!

Image
Foto: KKTV Mohd Helmi Muhamad Rozi, pengerusi Koperasi Agro Ternak Perak ketika ditemui Kuala Kangsar TV baru-baru ini. Kesukaran membeli telur ayam di pasaran ketika ini menyebabkan permintaan telur itik meningkat. Perkara ini diakui oleh usahawan dan penternak itik. Menurutnya, sejak bekalan telur ayam kurang dan mahal, ramai beralih membeli telur itik. Sehubungan itu, Koperasi Agro Ternak Melayu Perak Berhad (KATAM) telah bekerjasama dengan syarikat SKM Agro yang terdiri daripada para usahawan dan penternak itik sejak tahun 2021 untuk membangunkan bidang penternakan.   Melalui kerjasama itu, Pihak KATAM mendapatkan bekalan telur itik daripada penternak-penternak itik untuk memproses pula telur masin. Foto: KKTV Ladang ternakan itik telur di Manong Mohd Helmi yang juga Pengerusi Koperasi Agro Ternak Melayu Perak Berhad berkata, penternak itik penelur tetap mencabar dan berdepan risiko tersendiri. Namun kemahiran yang dimiliki oleh usahawan penternak-penternak dan hasil usaha sama...

INFO PENSIJILAN BeSS: PEJABAT KESIHATAN DAERAH KUALA KANGSAR

Image
  Foto: Kuala Kangsar TV Kawasan R&R lebuhraya arah utara dan arah selatan merupakan kawasan Rehat & Rawat yang mempunyai 21 premis makanan belah utara dan 28 premis belah selatan. Sebanyak 32 premis makanan telah mendapat pengiktirafan BESS daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Pihak pengurusan PLUS telah menyedari kepentingan keselamatan makanan dan ingin orang awam mendapat makanan yang selamat semasa menikmati makanan di kawasan R&R. PLUS telah mewajibkan semua premis makanan untuk mendapatkan pengiktirafan pensijilan BESS bagi memastikan semua komponen makanan, perkakasan dan alatan memasak serta kawasan penyediaan makanan, bekalan air, sistem perparitan, kemudahan sanitasi, pelupusan sampah dan sisa makanan, kawalan makhluk perosak, pembersihan dan penyelenggaraan premis, pengangkutan dan juga pengedaran sentiasa dijaga kebersihannya. Komponen makanan seperti pelabelan kalori bagi menu asas menggunakan buku kalori juga diwajibkan di setiap premis. Semua premis ...

Remaja Menghidap Sakit Jantung Berlubang Gigih Berniaga Nasi Lemak Demi Menampung Kos Rawatan

Image
Ahmad Alauddin Kisah Udin, remaja berusia 18 tahun yang menghidap sakit jantung berlubang serta kegigihannya menjual nasi lemak tular di media sosial baru-baru ini sehingga menarik perhatian banyak media untuk menemu ramahnya. Udin merupakan pelajar lepasan SPM dan anak yatim piatu sejak kecil yang tinggal bersama ibu saudaranya di Kampung Paya Panjang. Pemuda yang berasal dari Padang Rengas ini berniaga nasi lemak dengan harga RM1.2O bagi menampung kehidupan dan kos rawatan penyakitnya. Menurut Udin, r utin hariannya, seawal jam 3 pagi akan bangun memasak nasi lemak dan membungkus dengan bantuan kakak sepupunya sebelum keluar berniaga pada jam 6.45 pagi berjalan kaki kira-kira 100 meter ke tempat meniaga,  iaitu bertentangan dengan  stesen minyak Petron dan Petronas di Padang Rengas.  Lokasi Udin menjual nasi lemak.   K ebiasaannya nasi lemaknya habis dijual dalam masa setengah jam kerana rata-rata orang yang datang akan membeli sekali banyak.  Udin sebelum ini...

POPIA NAQIB luaskan perniagaan sampai ke Kuala Lumpur?!

Image
  Along, pewaris Popia Naqib yang meneruskan perniagaan keluarganya sekarang Menu ringan seperti popia memang menjadi pilihan ramai tidak kira kaum dan usia. Kesedapan menu itu selalunya dinilai berdasarkan kepada sos dan intinya. Di Kuala Kangsar, kome pasti tidak asing lagi dengan 'Popia Naqib' bila pergi ke pasar malam, Bazar Ramadan ataupun pengunjung setia gerai mereka di lembah  (depan kedai Yeop Helmi) . Along, berasal dari Kota Lama Kiri dan kini menetap di Kuala Lumpur merupakan anak sulung merangkap cucu sulung kepada perniagaan Popia Naqib, kini menyambung legasi perniagaan keluarganya. Beliau membuka gerai popia di Cheras, Kuala Lumpur yang diberi nama 'Royaltown Popia' . Semua resepi pembuatan popia diinsipirasikan daripada Popia Naqib. Mereka mula berniaga popia sekitar tahun 1990-an tanpa nama dan kemudiannya menamakannya sebagai "Popia Naqib" iaitu bersempena nama anak bongsu dalam keluarga, dengan harapan dia boleh mewarisi perniagaan ini sua...