Muzik Video 'Moh Ke Kuale' Bakal Menemui Peminat Julai Ini !

Image
Warga Kuale dan peminat seni tanah air, bersedia untuk satu naskhah yang bakal mengubati rindu! Buat julung kalinya, portal rasmi kualakangsartv.com membawakan berita eksklusif mengenai pelancaran lagu dan muzik video terbaharu, "Moh Ke Kuale" , yang dijadualkan menemui penonton pada Julai 2026 ini. Projek istimewa ini merupakan hasil terbitan VNC Production  yang berpangkalan di Kuala Kangsar . Ia bukan sekadar hiburan kosong, tetapi sebuah bingkisan seni yang dihasilkan khusus untuk mengangkat martabat, budaya, dan keindahan bandar diraja kita . Sejarah yang Tertangguh: Dari 2019 ke 2026 Lagu "Moh Ke Kuale" ini sebenarnya mempunyai kisah di sebalik tabir yang cukup panjang dan penuh cabaran: Tahun 2019: Proses rakaman awal lagu ini telah mula dijalankan . Zaman Pandemik: Projek ini terpaksa ditangguhkan seketika akibat penularan pandemik COVID-19 . Tahun 2021: Dengan bantuan KAME MUSIC PRODUCTION , rakaman audio lagu ini berjaya disiapkan sepenuhnya . J...

Pengeluar Telur Masin di Manong Mahu Menembusi Pasaran Kuala Kangsar!

Foto: KKTV


Mohd Helmi Muhamad Rozi, pengerusi Koperasi Agro Ternak Perak
ketika ditemui Kuala Kangsar TV baru-baru ini.


Kesukaran membeli telur ayam di pasaran ketika ini menyebabkan permintaan telur itik meningkat.


Perkara ini diakui oleh usahawan dan penternak itik.


Menurutnya, sejak bekalan telur ayam kurang dan mahal, ramai beralih membeli telur itik.


Sehubungan itu, Koperasi Agro Ternak Melayu Perak Berhad (KATAM) telah bekerjasama dengan syarikat SKM Agro yang terdiri daripada para usahawan dan penternak itik sejak tahun 2021 untuk membangunkan bidang penternakan.

 

Melalui kerjasama itu, Pihak KATAM mendapatkan bekalan telur itik daripada penternak-penternak itik untuk memproses pula telur masin.


Foto: KKTV


Ladang ternakan itik telur di Manong

Mohd Helmi yang juga Pengerusi Koperasi Agro Ternak Melayu Perak Berhad berkata, penternak itik penelur tetap mencabar dan berdepan risiko tersendiri. Namun kemahiran yang dimiliki oleh usahawan penternak-penternak dan hasil usaha sama  bantuan pihak Koperasi dengan  usahawan, mampu meningkatkan produktiviti telur itik 


Katanya, penternak-penternak itik dibantu pihak Koperasi untuk menghasilkan produk telur masin dari telur mentah bagi menguat dan meningkatkan pendapatan para penternak kerana telur masin merupakan salah satu produk yang mendapat permintaan yang tinggi.


"Buat masa ini usahawan penternak kami mempunyai 7,000 ekor itik yang ladangnya bertempat di Manong dan ia menghasilkan 5,200 biji telur sehari, itu pun belum dapat menembusi pasaran yang lebih luas," katanya.


Kemudian mereka memproses menghasilkan telur masin yang harganya antara 80 sen sehingga RM1 sebiji yang dipasarkan di kedai runcit, FAMA atau penghantaran dibawah seliaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).


Tambah Mohd Helmi, telur itik mempunyai khasiat yang sangat tinggi dan baik untuk kesihatan diri.


"Telur itik kaya dengan vitamin B2, protein, mineral, kalsium dan zat besi sehingga dapat mencegah masalah kekurangan darah dan meningkatkan pertumbuhan tulang.


"Telur itik yang diawet menjadi telur masin juga tidak hilang khasiatnya tetapi perlu dimakan dalam kuantiti yang sedikit kerana kandungan garam yang banyak dalam telur tersebut tidak baik untuk kesihatan," katanya.







Kurang diketahui ramai orang


"Dari segi penternakan tiada sebarang masalah dihadapi memandangkan kami memang mahir dalam bidang pertanian, cuma kami kalah dari segi pemasaran.


"Kurang orang tahu tentang telur masin kami. Justeru, kami berharap sangat suatu hari nanti produk kami dapat menembusi pasaran di Kuala Kangsar, seterusnya pasaran yang lebih besar sehingga boleh mencecah pengeluaran 3,000 kotak telur masin sebulan.


Selain itu, Koperasi Agro Ternak Perak juga berhasrat untuk membesarkan tempat pemprosesan yang mana jikalau sekarang mereka memproses telur secara manual dapat beralih kepada perkilangan yang mampu menghasilkan lebih banyak produk.


Mereka juga merupakan  pengeluar Muslim bagi produk telur masin di Perak.


“Sokongan dan khidmat nasihat daripada SKM menambahkan lagi keyakinan Koperasi Agro Ternak Perak untuk membantu pengeluar telur itik di daerah negeri ini bagi memenuhi pasaran tempatan serta luar,” katanya.


Sebarang urusan pembelian telur masin boleh hubungi nombor telefon: 0189537753

Comments