Posts

Showing posts from October, 2023

Muzik Video 'Moh Ke Kuale' Bakal Menemui Peminat Julai Ini !

Image
Warga Kuale dan peminat seni tanah air, bersedia untuk satu naskhah yang bakal mengubati rindu! Buat julung kalinya, portal rasmi kualakangsartv.com membawakan berita eksklusif mengenai pelancaran lagu dan muzik video terbaharu, "Moh Ke Kuale" , yang dijadualkan menemui penonton pada Julai 2026 ini. Projek istimewa ini merupakan hasil terbitan VNC Production  yang berpangkalan di Kuala Kangsar . Ia bukan sekadar hiburan kosong, tetapi sebuah bingkisan seni yang dihasilkan khusus untuk mengangkat martabat, budaya, dan keindahan bandar diraja kita . Sejarah yang Tertangguh: Dari 2019 ke 2026 Lagu "Moh Ke Kuale" ini sebenarnya mempunyai kisah di sebalik tabir yang cukup panjang dan penuh cabaran: Tahun 2019: Proses rakaman awal lagu ini telah mula dijalankan . Zaman Pandemik: Projek ini terpaksa ditangguhkan seketika akibat penularan pandemik COVID-19 . Tahun 2021: Dengan bantuan KAME MUSIC PRODUCTION , rakaman audio lagu ini berjaya disiapkan sepenuhnya . J...

Artis indie dari 4 negara meriahkan TAPAUFest 2023 di Lenggong!

Image
TASIK RABAN: Lebih 3,000 peserta menyertai TAPAUFest 2023 yang berlangsung  selama dua hari iaitu 7 dan 8 Oktober 2023. Walaupun hujan renyai seketika, masing-masing tidak berganjak untuk menyertai festival ini. Satu perkara yang membezakan TAPAUfest daripada festival seni lain ialah peluang berkhemah selama dua malam di Tasik Raban Resort dan merasai sepenuhnya pengalaman 'healing' di Lenggong. Pengunjung boleh menempah tapak khemah di Tapak Perkhemahan Santuy dan menyertai sesi unggun api dan persembahan akustik atau bagi mereka yang inginkan pengalaman yang lebih minima boleh mengikat 'hammock' di antara dahan pokok melalui Outsiders Campout. TAPAUfest turut menjemput komuniti indie Asia Tenggara untuk #LepakLenggong bersama artis indie ternama dan berpotensi dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand dengan tema #SerumpunBerpesta. Persembahan muzik di PENTAS hanya bermula pada jam 5 petang bagi memberikan masa kepada pengunjung festival untuk meneroka keajaiba...