Posts

Showing posts from July, 2023

Muzik Video 'Moh Ke Kuale' Bakal Menemui Peminat Julai Ini !

Image
Warga Kuale dan peminat seni tanah air, bersedia untuk satu naskhah yang bakal mengubati rindu! Buat julung kalinya, portal rasmi kualakangsartv.com membawakan berita eksklusif mengenai pelancaran lagu dan muzik video terbaharu, "Moh Ke Kuale" , yang dijadualkan menemui penonton pada Julai 2026 ini. Projek istimewa ini merupakan hasil terbitan VNC Production  yang berpangkalan di Kuala Kangsar . Ia bukan sekadar hiburan kosong, tetapi sebuah bingkisan seni yang dihasilkan khusus untuk mengangkat martabat, budaya, dan keindahan bandar diraja kita . Sejarah yang Tertangguh: Dari 2019 ke 2026 Lagu "Moh Ke Kuale" ini sebenarnya mempunyai kisah di sebalik tabir yang cukup panjang dan penuh cabaran: Tahun 2019: Proses rakaman awal lagu ini telah mula dijalankan . Zaman Pandemik: Projek ini terpaksa ditangguhkan seketika akibat penularan pandemik COVID-19 . Tahun 2021: Dengan bantuan KAME MUSIC PRODUCTION , rakaman audio lagu ini berjaya disiapkan sepenuhnya . J...

Pejabat Kesihatan Kuala Kangsar Lancar Ops Penguatkuasaan Mesin Air

Image
Pejabat Kesihatan Kuala Kangsar menjalankan Operasi Penguatkuasaan Mesin Air sejak minggu lalu. Program tersebut diketuai oleh Pegawai Kesihatan Bahagian Penguatkuasaan, Encik  Mohamad Bin Awang. Operasi dijalankan dengan menyita sebuah mesin jual air di Padang Rengas, yang mana difahamkan pemilik mesin jual air tersebut tidak menghiraukan notis untuk mendapatkan lesen perniagaan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Menurut Mohamad Bin Awang, pelaksanaan operasi serta pengeluaran notis di bawah Seksyen 32B, Akta Makanan 1983. Mesin air layan diri merupakan mesin yang boleh mengeluarkan air secara automatik    apabila dimasukkan token atau duit syiling. Setiap mesin jual air perlu dilesenkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah peraturan 360C, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 bagi memberi penekanan terhadap proses penurasan, osmosis songsang atau penyulingan atau pengionan dan penyahjangkitan pada setiap mesin.  Ia bagi memastikan air yang dijual adalah te...