Muzik Video 'Moh Ke Kuale' Bakal Menemui Peminat Julai Ini !

Image
Warga Kuale dan peminat seni tanah air, bersedia untuk satu naskhah yang bakal mengubati rindu! Buat julung kalinya, portal rasmi kualakangsartv.com membawakan berita eksklusif mengenai pelancaran lagu dan muzik video terbaharu, "Moh Ke Kuale" , yang dijadualkan menemui penonton pada Julai 2026 ini. Projek istimewa ini merupakan hasil terbitan VNC Production  yang berpangkalan di Kuala Kangsar . Ia bukan sekadar hiburan kosong, tetapi sebuah bingkisan seni yang dihasilkan khusus untuk mengangkat martabat, budaya, dan keindahan bandar diraja kita . Sejarah yang Tertangguh: Dari 2019 ke 2026 Lagu "Moh Ke Kuale" ini sebenarnya mempunyai kisah di sebalik tabir yang cukup panjang dan penuh cabaran: Tahun 2019: Proses rakaman awal lagu ini telah mula dijalankan . Zaman Pandemik: Projek ini terpaksa ditangguhkan seketika akibat penularan pandemik COVID-19 . Tahun 2021: Dengan bantuan KAME MUSIC PRODUCTION , rakaman audio lagu ini berjaya disiapkan sepenuhnya . J...

Remaja Menghidap Sakit Jantung Berlubang Gigih Berniaga Nasi Lemak Demi Menampung Kos Rawatan

Ahmad Alauddin

Kisah Udin, remaja berusia 18 tahun yang menghidap sakit jantung berlubang serta kegigihannya menjual nasi lemak tular di media sosial baru-baru ini sehingga menarik perhatian banyak media untuk menemu ramahnya.

Udin merupakan pelajar lepasan SPM dan anak yatim piatu sejak kecil yang tinggal bersama ibu saudaranya di Kampung Paya Panjang.

Pemuda yang berasal dari Padang Rengas ini berniaga nasi lemak dengan harga RM1.2O bagi menampung kehidupan dan kos rawatan penyakitnya.

Menurut Udin, rutin hariannya, seawal jam 3 pagi akan bangun memasak nasi lemak dan membungkus dengan bantuan kakak sepupunya sebelum keluar berniaga pada jam 6.45 pagi berjalan kaki kira-kira 100 meter ke tempat meniaga, iaitu bertentangan dengan stesen minyak Petron dan Petronas di Padang Rengas. 


Lokasi Udin menjual nasi lemak.
 
Kebiasaannya nasi lemaknya habis dijual dalam masa setengah jam kerana rata-rata orang yang datang akan membeli sekali banyak. 

Udin sebelum ini pernah bekerja di sebuah kedai makan mengambil keputusan untuk berhenti atas faktor kesihatannya yang tidak mengizinkan untuk bekerja kuat. Dia terpaksa menjual nasi lemak kerana ingin membantu ibu saudaranya yang baru sahaja patah kaki terlibat dengan kemalangan. 

Lebih mengharukan wang simpanannya turut habis diguna untuk membayar kos rawatan di hospital swasta.

Setiap dua bulan sekali Udin akan menjalani pemeriksaan susulan di Hospital Pulau Pinang dan dia turut dicadangkan untuk menjalani pembedahan di India dengan kos rawatan kira-kira RM80,000.

Namun atas sebab kekangan kewangan, rawatan tersebut tidak dapat disempurnakan dan dia hanya mengawal pemakanan bagi memastikan keadaan kesihatan kekal baik.

Bagaimanapun dia tetap tidak berputus asa. Sehubungan itu, mana-mana pihak yang sudi membantu Udin boleh menghubungi di talian 011-62261899.

Comments

Popular posts from this blog

Dari Baung Tempoyak ke Kulat Sisir — Inilah Rasa Asli Masakan Kampung Perak di Restoran Jari Delima!

Hari Kuale Lenggang Serikan Kuala Kangsar, Bukti Bandar Diraja Kaya Budaya

Bersama Menyempurnakan Rumah Allah: Pembukaan Dana Pembinaan Masjid Al-Muttaqin, Puncak Bougainvillea