Posts

Showing posts from January, 2024

Muzik Video 'Moh Ke Kuale' Bakal Menemui Peminat Julai Ini !

Image
Warga Kuale dan peminat seni tanah air, bersedia untuk satu naskhah yang bakal mengubati rindu! Buat julung kalinya, portal rasmi kualakangsartv.com membawakan berita eksklusif mengenai pelancaran lagu dan muzik video terbaharu, "Moh Ke Kuale" , yang dijadualkan menemui penonton pada Julai 2026 ini. Projek istimewa ini merupakan hasil terbitan VNC Production  yang berpangkalan di Kuala Kangsar . Ia bukan sekadar hiburan kosong, tetapi sebuah bingkisan seni yang dihasilkan khusus untuk mengangkat martabat, budaya, dan keindahan bandar diraja kita . Sejarah yang Tertangguh: Dari 2019 ke 2026 Lagu "Moh Ke Kuale" ini sebenarnya mempunyai kisah di sebalik tabir yang cukup panjang dan penuh cabaran: Tahun 2019: Proses rakaman awal lagu ini telah mula dijalankan . Zaman Pandemik: Projek ini terpaksa ditangguhkan seketika akibat penularan pandemik COVID-19 . Tahun 2021: Dengan bantuan KAME MUSIC PRODUCTION , rakaman audio lagu ini berjaya disiapkan sepenuhnya . J...

Pakar Percetakan: Kualiti Keutamaan Abih Pikior

Image
  Chor Azam di hadapan syarikat Abih Pikior Bisnes percetakan baju telah melalui pelbagai revolusi. Jika dahulu, teknik percetakan menggunakan blok merupakan kaedah yang menjadi pilihan dan terkenal di kalangan pelanggan, namun pada masa kini teknik DTG (Direct to Garment) semakin mendapat tempat di hati para pelanggan. Berpegang kepada moto “ Kualiti Adalah Keutamaan Kami, Biar Pelanggan Berpuas Hati ”. Syarikat percetakan baju Abih Pikior telah mula beroperasi di Persiaran Prima, Kuala Kangsar pada April 2017.  Encik Shu, pemilik syarikat Abih Pikior yang merupakan seorang bekas jurutera syarikat Canon telah mempunyai pengalaman dalam bidang percetakan selama lebih 20 tahun.  Pada ketika itu kedainya hanya mempunyai seorang kakitangan dan sebuah mesin pencetak baju DTG (Direct to Garment) keluaran Brother model   GT3.  Pada awal pembukaan Abih Pikior, beliau juga terpaksa bersaing dengan yang lain untuk memperkenalkan Abih Pikior di kalangan masyarakat. Dekora...

"Kisah Inspirasi: Dari peniaga online, kini memiliki dua buah restoran mewah di Kuala Kangsar"

Image
Nur Asyikin, pemilik Restoran Lekoi Lekoi & Soho Lekoi di Kuala Kangsar "Jangan cepat merasa puas dalam mengejar erti kejayaan,"  itulah ungkapan dari seorang pemilik restoran di Kuala Kangsar.  Bermula dengan meniaga secara online, kini hasil titik peluh wanita ini berjaya membuka dua buah restoran mewah yang sering dikunjungi ramai pelanggan dari luar Kuala Kangsar. Nur Asyikin atau lebih mesra dipanggil ‘Lia’, 36 tahun, merupakan antara pengusaha wanita yang berani dalam menceburi minatnya dalam dunia F&B walaupun diduga dengan pelbagai cabaran dan rintangan namun semua itu bukan suatu penghalang buatnya. Siapa sangka ibu kepada tiga orang anak yang suatu ketika dahulu hanya berniaga secara online kini mampu memiliki restorannya sendiri serta menggaji beberapa orang pekerja. Asyikin berasal dari Selangor namun menetap di Kuala Kangsar, Perak selepas berkahwin dengan suaminya. Menurut Asyikin, asbabnya dalam menceburi bidang perniagaan F&B adalah dari mina...