Posts

Showing posts from March, 2025

Muzik Video 'Moh Ke Kuale' Bakal Menemui Peminat Julai Ini !

Image
Warga Kuale dan peminat seni tanah air, bersedia untuk satu naskhah yang bakal mengubati rindu! Buat julung kalinya, portal rasmi kualakangsartv.com membawakan berita eksklusif mengenai pelancaran lagu dan muzik video terbaharu, "Moh Ke Kuale" , yang dijadualkan menemui penonton pada Julai 2026 ini. Projek istimewa ini merupakan hasil terbitan VNC Production  yang berpangkalan di Kuala Kangsar . Ia bukan sekadar hiburan kosong, tetapi sebuah bingkisan seni yang dihasilkan khusus untuk mengangkat martabat, budaya, dan keindahan bandar diraja kita . Sejarah yang Tertangguh: Dari 2019 ke 2026 Lagu "Moh Ke Kuale" ini sebenarnya mempunyai kisah di sebalik tabir yang cukup panjang dan penuh cabaran: Tahun 2019: Proses rakaman awal lagu ini telah mula dijalankan . Zaman Pandemik: Projek ini terpaksa ditangguhkan seketika akibat penularan pandemik COVID-19 . Tahun 2021: Dengan bantuan KAME MUSIC PRODUCTION , rakaman audio lagu ini berjaya disiapkan sepenuhnya . J...

PESTA MAKANAN TRADISIONAL WARISAN BUDAYA NEGERI PERAK '2025'

Image
Majlis Kebudayaan Daerah Kuala Kangsar sedang giat meninjau lokasi strategik di Pavilion Kuala Kangsar bagi penganjuran Pesta Makanan Tradisional yang bakal memperkenalkan keunikkan makanan dan kuih muih di Kuala Kangsar pada orang tempatan dan orang luar .  Tuan Abd Rashid bersama Ahli Majlis Kebudayaan Daerah Kuala Kangsar di Pavilion membuat perbincangan tentang susan khemah. .  Yang Dipertua, Majlis Kebudayaan Daerah Kuala Kangsar Tn. Abd Rashid berkata program tersebut adalah satu langkah proaktif dalam memartabatkan warisan khususnya berhubung khazanah budaya dan bangsa kepada generasi hari ini. "Selain itu, acara ini memberikan peluang untuk menonjolkan keunikan dan kepelbagaian masakan tradisional yang semakin jarang dihasilkan, serta memperkenalkan hidangan-hidangan warisan yang mempunyai potensi untuk dikomersialkan. "Penganjuran ini juga berfungsi untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai makanan dan masakan warisan etnik di Malaysia, sambil menarik mina...