Muzik Video 'Moh Ke Kuale' Bakal Menemui Peminat Julai Ini !

Image
Warga Kuale dan peminat seni tanah air, bersedia untuk satu naskhah yang bakal mengubati rindu! Buat julung kalinya, portal rasmi kualakangsartv.com membawakan berita eksklusif mengenai pelancaran lagu dan muzik video terbaharu, "Moh Ke Kuale" , yang dijadualkan menemui penonton pada Julai 2026 ini. Projek istimewa ini merupakan hasil terbitan VNC Production  yang berpangkalan di Kuala Kangsar . Ia bukan sekadar hiburan kosong, tetapi sebuah bingkisan seni yang dihasilkan khusus untuk mengangkat martabat, budaya, dan keindahan bandar diraja kita . Sejarah yang Tertangguh: Dari 2019 ke 2026 Lagu "Moh Ke Kuale" ini sebenarnya mempunyai kisah di sebalik tabir yang cukup panjang dan penuh cabaran: Tahun 2019: Proses rakaman awal lagu ini telah mula dijalankan . Zaman Pandemik: Projek ini terpaksa ditangguhkan seketika akibat penularan pandemik COVID-19 . Tahun 2021: Dengan bantuan KAME MUSIC PRODUCTION , rakaman audio lagu ini berjaya disiapkan sepenuhnya . J...

INFO PENSIJILAN BeSS: PEJABAT KESIHATAN DAERAH KUALA KANGSAR

 

Foto: Kuala Kangsar TV

Kawasan R&R lebuhraya arah utara dan arah selatan merupakan kawasan Rehat & Rawat yang mempunyai 21 premis makanan belah utara dan 28 premis belah selatan.


Sebanyak 32 premis makanan telah mendapat pengiktirafan BESS daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.


Pihak pengurusan PLUS telah menyedari kepentingan keselamatan makanan dan ingin orang awam mendapat makanan yang selamat semasa menikmati makanan di kawasan R&R.


PLUS telah mewajibkan semua premis makanan untuk mendapatkan pengiktirafan pensijilan BESS bagi memastikan semua komponen makanan, perkakasan dan alatan memasak serta kawasan penyediaan makanan, bekalan air, sistem perparitan, kemudahan sanitasi, pelupusan sampah dan sisa makanan, kawalan makhluk perosak, pembersihan dan penyelenggaraan premis, pengangkutan dan juga pengedaran sentiasa dijaga kebersihannya.


Komponen makanan seperti pelabelan kalori bagi menu asas menggunakan buku kalori juga diwajibkan di setiap premis.


Semua premis makanan wajib mempamerkan perakuan pendaftran premis makanan, notis cuci tangan dan notis tidak membenarkan mana-mana orang awam membawa haiwan peliharaan masuk ke dalam premis.


Pihak PLUS berharap agar semua premis makanan di kawasan R&R dapat mengekalkan kehendak BESS supaya pengguna mendapat makanan yang bersih, selamat dan sihat, selain mendapat keselesaan semasa menggunakan kemudahan yang disediakan.


"Kalau ada BESS, barulah BEST!"


Foto: Kuala Kangsar TV

Di samping itu, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak merupakan salah satu agensi yang menguatkuasakan keselamatan makanan bagi memastikan makanan di negeri Perak adalah selamat.


Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan juga mengeluarkan persijilan yang memastikan setiap premis makanan yang menjual makanan di Perak/industri makanan di Perak selamat untuk dimakan.


Antara persijilan yang dikeluarkan oleh BKKM adalah Persjilan Program Jaminan Keselamatan Makanan seperti MESTI, GMP dan juga HACCP.


Sijil pengiktirafan BeSS yang perlu didapatkan
oleh setiap pengendali makanan

Bagi perkhidmatan makanan seperti restoran, foodcourt dan premis di R&R memerlukan persijilan BESS. Penyediaan makanan di rumah pula adalah Homebased Food.


Perkara ini amat perlu dititikberatkan bagi setiap premis makanan dan pengendali makanan; pengusaha hendaklah memastikan makanan yang dihasilkan adalah selamat, bersih, manakala bahan mentah yang digunakan perlulah yang berkualiti. selain itu, pengendali makanan perlu memakai pakaian pelindung bagi memastikan makanan yang dihasilkan oleh mereka tidak tercemar oleh badan mereka sendiri dan premis makanan pula perlulah sentiasa dalam keadaan yang bersih.


Sebarang info lanjut boleh melayari laman web BKKM, http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/index.php atau hubungi Pejabat Kesihatan berdekatan.


Foto: Kuala Kangsar TV


Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan pensijilan percuma iaitu Home BeSS, BeSS dan MESTI bagi aktiviti pengendalian, penghasilan dan penjualan makanan oleh mana-mana individu, peniaga, premis dan sektor kilang.


Di daerah Kuala Kangsar, hanya 46 buah kilang makanan dan 910 buah premis makanan termasuk restoran, gerai, penjaja, kantin dan dapur asrama yang mendapatkan sijil pengiktirafan daripada KKM.


Sebanyak 29 buah kilang makanan telah mempunyai Program Jaminan Keselamatan Makanan (MesTI) dan sebuah kilang mempunyai pensijilan GMP dan HACCP.


Oleh itu, dinasihatkan agar semua pengusaha makanan perlulah mendapatkan pensijilan KKM. 


Pengguna juga perlulah bijak untuk memilih premis yang dipercayai dan diiktiraf, iaitu mengamalkan perhati dan pilih. lihat, hidu dan rasa terlebih dahulu sebelum makan.




LIHAT VIDEO PENUH DISINI

Comments

Popular posts from this blog

Dari Baung Tempoyak ke Kulat Sisir — Inilah Rasa Asli Masakan Kampung Perak di Restoran Jari Delima!

Hari Kuale Lenggang Serikan Kuala Kangsar, Bukti Bandar Diraja Kaya Budaya

Bersama Menyempurnakan Rumah Allah: Pembukaan Dana Pembinaan Masjid Al-Muttaqin, Puncak Bougainvillea