Muzik Video 'Moh Ke Kuale' Bakal Menemui Peminat Julai Ini !

Image
Warga Kuale dan peminat seni tanah air, bersedia untuk satu naskhah yang bakal mengubati rindu! Buat julung kalinya, portal rasmi kualakangsartv.com membawakan berita eksklusif mengenai pelancaran lagu dan muzik video terbaharu, "Moh Ke Kuale" , yang dijadualkan menemui penonton pada Julai 2026 ini. Projek istimewa ini merupakan hasil terbitan VNC Production  yang berpangkalan di Kuala Kangsar . Ia bukan sekadar hiburan kosong, tetapi sebuah bingkisan seni yang dihasilkan khusus untuk mengangkat martabat, budaya, dan keindahan bandar diraja kita . Sejarah yang Tertangguh: Dari 2019 ke 2026 Lagu "Moh Ke Kuale" ini sebenarnya mempunyai kisah di sebalik tabir yang cukup panjang dan penuh cabaran: Tahun 2019: Proses rakaman awal lagu ini telah mula dijalankan . Zaman Pandemik: Projek ini terpaksa ditangguhkan seketika akibat penularan pandemik COVID-19 . Tahun 2021: Dengan bantuan KAME MUSIC PRODUCTION , rakaman audio lagu ini berjaya disiapkan sepenuhnya . J...

Kisah Di Sebalik 'Naruto Petronas' R&R Sungai Perak: Ceria Di Sebalik Duka, Hiburkan Pelanggan Demi Arwah Ayah

Kisah Di Sebalik 'Naruto Petronas' R&R Sungai Perak: Ceria Di Sebalik Duka, Hiburkan Pelanggan Demi Arwah Ayah






KUALA KANGSAR – Jika anda pernah singgah di Petronas R&R Sungai Perak (Arah Utara), anda pasti tidak asing lagi dengan gelagat seorang anak muda yang melayan pelanggan dengan gaya larian ikonik anime terkenal, Naruto.

Gelagat bersahaja dan penuh tenaga itu bukan sahaja mencuri tumpuan warga tempatan, malah tular di media sosial sehingga menarik pengunjung dari Perlis, Kedah, dan Pulau Pinang yang sanggup singgah semata-mata mahu melihatnya secara dekat.

Anak muda di sebalik watak "Naruto Petronas" ini ialah Muhammad Fakrul Razi bin Zulkifli, atau lebih mesra disapa sebagai Arul, yang berusia 23 tahun dan berasal dari Kuala Kangsar, Perak.

Suntik Semangat Kerja Dengan Gaya Naruto

Sebelum berkhidmat di Petronas, Arul pernah bekerja di Galeri Sultan Azlan Shah selama tiga tahun . Menyertai pasukan Petronas pada Disember lalu, Arul membawa satu prinsip ringkas: kerja mestilah ikhlas dan sentiasa ceria.

"Mula-mula ramai yang gelak bila saya buat macam tu. Tiba-tiba ramai pula yang suka dan minta saya teruskan," kongsi Arul tentang permulaan aksi larian Naruto dengan tangan ke belakang yang menjadi siulan ramai.

Bagi peminat setia Naruto Shippuden sejak kecil ini, aksi tersebut bukan sekadar hiburan kosong, tetapi menjadi rutin harian untuk menyuntik semangat dan tenaga positif buat dirinya dan juga pelanggan yang singgah.




Duka Kehilangan Ayah: "Arul Mampu Bagi Orang Tersenyum..."

Di sebalik senyuman dan keceriaan yang ditonjolkan, tersimpan satu kisah duka yang mendalam di sudut hati anak muda ini. Pada Februari yang lalu, bapa tercinta Arul telah dijemput ilahi akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke Cameron Highlands.

Arul yang menerima berita tersebut ketika sedang bekerja mengakui terkilan kerana arwah bapanya tidak sempat melihat kejayaan dan tularnya video beliau pada hari ini.

"Kalau dia masih ada lagi dan tengok Arul viral ni, confirm dia bangga. Walaupun Arul tak mampu nak bawa dia sampai ke puncak menara gading, Arul mampu bagi orang tersenyum," kata Arul dengan nada sayu mengenang pesanan arwah bapanya yang sentiasa menyuruhnya berbuat baik dan menggembirakan orang lain.

Kata-kata rindu seperti "Arul kat mana?" daripada arwah bapanya kini menjadi memori yang paling dirindui. Setiap kali melihat pondok tempat arwah bapanya selalu meluangkan masa di rumah, air mata Arul pasti menitis memikirkan pemergian itu.

Sokonngan Padu Rakan Sekerja & Pelanggan

Bangkit daripada kesedihan, Arul bersyukur kerana dikelilingi oleh pengurusan dan rakan sekerja di Petronas yang sangat menyokong usahanya. Sokongan daripada pelanggan yang mengucapkan terima kasih kerana menghiburkan mereka turut menjadi pembakar semangat untuk Arul terus memberikan perkhidmatan yang terbaik.

"Kepada pihak Petronas, terima kasih kerana menerima saya bekerja di sini. Saya janji akan buat yang terbaik dan sentiasa menghiburkan setiap pelanggan yang masuk ke sini," ujarnya.

Mesej Arul: "Kerja Kena Ikhlas, Hidup Kena Kuat"

Di akhir temubual bersama KKTV, Arul sempat menitipkan pesanan mendalam buat semua anak muda di luar sana agar tidak malu untuk mencari rezeki yang halal.

"Kerja kena ikhlas supaya lebih semangat untuk bekerja. Tak kisah kita kerja apa, jangan malu, jangan segan. Hidup kena kuat, kita bukan orang senang," pesannya menutup bicara.

Tonton kisah penuh inspirasi dan air mata Muhammad Fakrul Razi (Arul) menerusi saluran YouTube KKTV di bawah:

Comments

Popular posts from this blog

Dari Baung Tempoyak ke Kulat Sisir — Inilah Rasa Asli Masakan Kampung Perak di Restoran Jari Delima!

Hari Kuale Lenggang Serikan Kuala Kangsar, Bukti Bandar Diraja Kaya Budaya

Bersama Menyempurnakan Rumah Allah: Pembukaan Dana Pembinaan Masjid Al-Muttaqin, Puncak Bougainvillea