Ayam Bakar Asam Boi Kuala Kangsar, Rasa Ori Utara Yang Buat Orang Kuale Melekat!

Mana lagi kome nak cari restoran yang ada rasa air tangan orang Utagha betoi-betoi ori kat area Kuale ni?  Kalau kome nak rasa masakan Utagha yang betoi-betoi padu, mai la singgah sat! Sekali rasa, confirm tak cukup — mesti nak ulang. Sempoi bak ang, rasa dia lain macam!

Masakan Utagha Singgah Kat Kuale – Sempoi Bak Ang, Rasa Pun Padu!

Hangpa orang Kuale, mai sat! Kalau dok tercari-cari tempat makan yang lain daripada biasa yang bawa angin utara mai ke tengah Bandar Diraja Kuala Kangsar — ni la port dia! 

Terletak di tengah Bandar Diraja Kuala Kangsar, restoran ini membawakan rasa istimewa dari Utara yang sukar didapati di tempat lain. Lokasinya berada di belakang McDonald’s Kuala Kangsar, sebelah Pasaraya Segi Fresh, jadi kalau kome lalu kat area tu — memang takkan terlepas pandang! 
Diasaskan oleh anak jati Utara, setiap hidangan di sini dimasak dengan resipi asli hasil olahan sendiri bukan tiru mana-mana, tapi penuh dengan identiti dan cita rasa tersendiri.

Menu utamanya, Ayam Bakar Asam Boi, menjadi tarikan utama kerana keunikannya — ayam diperap sempurna dan disajikan bersama taburan serbuk asam boi yang menaikkan lagi rasa masam manis padu.

Ayam Bakar Asam Boi – Resipi Rahsia, Ciptaan Sendiri yang Unik dan Menyengat!

Menu paling ikonik kat sini tentulah Ayam Bakar Asam Boi, satu hidangan yang dah mula jadi sebutan pelanggan sebab rasa dia lain daripada semua ayam bakar yang anda pernah cuba!

Ayamnya diperap dengan rempah ratus rahsia dan serbuk asam boi hasil resepi perapan ciptaan sendiri, direka khas oleh pemilik restoran yang suka bereksperimen dengan rasa.
Bila ayam tu dibakar perlahan-lahan atas bara api, bau dia semerbak satu restoran cukup wangi sampai jiran sebelah pun boleh lapar!

Kulit ayamnya garing keemasan, isinya lembut berjus, dan bila kena dengan taburan serbuk asam boi, terus jadi satu kombinasi rasa yang susah nak jelaskan ada rasa masam, manis, masin, dan pedas manja yang berpadu sempurna! Rasa dia pelik tapi sedap, unik tapi ketagih! 

Makan pulak panas-panas dengan nasi putih lembut, sambal kicap, sambal cili, dan hirisan timun sejuk haaa nikmat dia tu, memang sur!

Yang paling menarik, restoran ni merupakan yang pertama di Kuala Kangsar dan Perak yang hasilkan Ayam Bakar Asam Boi original resepi sendiri bukan tiru mana-mana kedai. Jadi kalau anda nak rasa sesuatu yang baru, inilah tempatnya!

Siakap Fresh Terus dari Pancing – Tiga Rasa & Stim Limau Buat Terangkat!

Bukan itu sahaja, kalau anda peminat ikan, wajib cuba Siakap 3 Rasa dan Siakap Stim Limau kat sini. Pemilik restoran ni kaki pancing tegar, jadi ikan yang dihidang bukan ikan sejuk beku, tapi ikan segar yang baru naik dari air!

Tn Azizi( (pemilik restoran) bersama rakannya memancing ikan untuk pelanggan.

Sebab tu isi ikan dia lembut, manis, dan tak hanyir langsung. Kuah tiga rasa dia pulak pekat likat, cukup pedas, masam, dan manis bila disiram atas ikan garing panas-panas, kuah tu terus meresap sampai ke isi. Sekali suap dengan nasi panas, memang tak boleh berhenti! 

Ikan Siakap 3 Rasa.

Ikan Jenahak Stim Limau

Kalau nak rasa yang lebih segar dan menyegarkan, boleh cuba Jenahak Stim Limau  kuah stim dia wangi dengan serai, bawang putih, dan limau nipis. Hirup kuah pun dah rasa puas! 

Harga pun berbaloi dengan saiz ikan yang besar, memang puas makan kalau datang satu keluarga.

Char Kuey Teow Ori Utagha – Kuah Basah, Rasa Manis Udang Melekat di Lidah!

Kalau sebut pasal masakan orang Utara, tak sah la kalau tak ada Char Kuey Teow ori!
Dekat Restoran Ayam Bakar Asam Boi Kuala Kangsar ni, menu Char Kuey Teow dia memang lain macam, penuh dengan jiwa Utagha yang ori dan aroma yang memikat hati.

Char Kuey Teow Udang.

Kuahnya basah likat-likat, cukup rasa manis, pedas dan masin yang seimbang. Udangnya segar, besar, dan bila kena dengan kuah tu terus rasa manis udang tu melekat di lidah! Yang paling best, bau hangit manja dari “api besar” tu buatkan setiap suapan ada rasa char yang autentik, seolah-olah tengah makan dekat Padang Kota, Pulau Pinang! 

Tukang masaknya pula memang orang Utara, jadi setiap hidangan disediakan dengan penuh pengalaman dan feeling bukan main goreng biasa-biasa. Malam-malam, bila bau Char Kuey Teow ni naik semerbak satu kawasan, ramai yang tak tahan  walaupun dah kenyang, tetap singgah nak merasa!

Masakan Panas Padu, Portion Besar, Harga Mesra Poket!

Selain menu utama yang dah jadi buah mulut ramai, Restoran Ayam Bakar Asam Boi Kuala Kangsar juga terkenal dengan pelbagai masakan panas dan lauk kampung yang tak kalah hebatnya! 

Setiap hidangan dimasak panas-panas terus dari dapur, oleh tukang masak berpengalaman yang tahu cara seimbangkan rasa pedas, manis, dan masin gaya orang Utara sebenar.
Rasa dia bukan sekadar sedap — tapi cukup padu sampai boleh buat kome teringat masakan mak kat kampung! 

Antara yang sering jadi pilihan pelanggan:

-Nasi Ayam – ayam diperap dengan rempah istimewa, digoreng atau dipanggang hingga keemasan, dihidang bersama nasi wangi dan sos istimewa yang cukup membuka selera!
-Nasi Ayam Penyet – ayam goreng rangup di luar, lembut berjus di dalam, lengkap dengan sambal pedas manja dan nasi wangi lembut.
-Asam Pedas Ikan – kuahnya pekat, rasa pedas-pedas masam yang seimbang, cukup umph!

Asam Pedas Kepala Ikan Merah.

-Gulai Kari Ikan – kuah kari pekat beraroma rempah ratus, isinya lembut segar, rasa lemak pedasnya memang buat terangkat!

Kari Ikan Merah.

Setiap pinggan penuh dengan rasa padu, portion besar puas hati, dan yang penting, harga mesra poket!
Memang sesuai untuk  yang nak makan kenyang tanpa risau bajet — sekali cuba, confirm nak order lagi! 

Ruang Makan Luas, Parking Pun Besar!

Kalau kome datang dengan keluarga besar, geng ofis, atau rombongan pelajar — memang tak perlu risau, sebab ruang makan kat sini luas dan sangat selesa!
Susun atur meja yang lapang, angin masuk nyaman, dan suasana tenang buatkan makan kat sini terasa santai dan seronok. 

Dan paling penting — ruang parking memang luas ! 
Tak perlu pening kepala nak cari tempat letak kereta walaupun datang waktu puncak.
Parking depan restoran dan tepi pun banyak — senang nak singgah, tak perlu stress, terus boleh duduk makan dengan tenang dan nikmati hidangan padu! 

📍 Lokasi:Ayam Bakar AsamBoi Kuala Kangsar Belakang McDonald’s Kuala Kangsar (Sebelah Pasaraya Segi Fresh) 

🕐 Waktu Operasi: 12 Tengah hari & malam 

📞 Tempahan / Pertanyaan: https://wa.me/60184056730

Comments

Popular posts from this blog

"Kisah Inspirasi: Dari peniaga jalanan, kini memiliki restoran dan cafe yang mewah di Kuala Kangsar"

JETI LEMBAH KUALE KE DATARAN LEMBAH?

Bersama Menyempurnakan Rumah Allah: Pembukaan Dana Pembinaan Masjid Al-Muttaqin, Puncak Bougainvillea