Bersama Menyempurnakan Rumah Allah: Pembukaan Dana Pembinaan Masjid Al-Muttaqin, Puncak Bougainvillea
Bayangkan setiap kali azan berkumandang, dari Subuh hingga Isyak, suara merdu memanggil umat Islam ke masjid yang tersergam indah di tengah-tengah komuniti… dan anda adalah antara insan yang menyumbang kepada terbinanya rumah Allah ini.
Masjid Al-Muttaqin, yang merupakan masjid pertama dibina
di kawasan Puncak Bougainvillea, kini berada di fasa akhir pembinaan dengan
kadar kemajuan kerja telah mencecah 70 peratus.
Pembinaan masjid ini dilaksanakan hasil inisiatif Jawatankuasa Pembinaan Masjid bersama sokongan penuh penduduk setempat yang sejak awal menzahirkan komitmen tinggi terhadap pembangunan rumah ibadah ini. Setakat ini, pihak jawatankuasa telah berjaya mengumpul sebanyak RM4 juta, kesemuanya hasil sumbangan ikhlas daripada masyarakat sekeliling tanpa bantuan mana-mana agensi luar.
Namun begitu, untuk menyempurnakan keseluruhan projek yang
dianggarkan berjumlah RM8 juta, baki RM4 juta dana tambahan masih
diperlukan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Muttaqin berkata,
pembinaan masjid ini amat signifikan kerana Puncak Bougainvillea kini dihuni
ratusan keluarga Muslim yang tidak mempunyai masjid sendiri di kawasan
perumahan mereka.
“Selama ini, penduduk terpaksa ke masjid di taman berdekatan
untuk solat berjemaah, menghadiri kuliah agama serta menyertai program
keislaman. Namun, kapasiti masjid sedia ada tidak lagi mampu menampung jumlah
jemaah yang semakin bertambah,” katanya ketika ditemui.
Menurut beliau, Masjid Al-Muttaqin bukan sahaja akan menjadi
tempat solat lima waktu, tetapi juga akan berfungsi sebagai pusat
pembelajaran Al-Quran dan Fardu Ain, kelas pengajian untuk semua peringkat
umur, dan lokasi pelaksanaan pelbagai aktiviti kebajikan serta komuniti.
Pembinaan masjid ini turut memberi harapan besar kepada
golongan warga emas, ibu bapa dan anak-anak yang sebelum ini terpaksa berjalan
jauh atau menaiki kenderaan untuk beribadah. Dengan adanya masjid ini di
tengah-tengah komuniti, ia bukan sahaja memudahkan urusan ibadah, malah
mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan penduduk setempat.
Dana tambahan yang diperlukan akan digunakan bagi menyiapkan ruang dalaman, tempat wuduk, tandas, sistem elektrik dan paip air, ruang kuliah, landskap luar, serta tempat parkir bagi kemudahan jemaah.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, maka Allah akan membinakan untuknya rumah di syurga.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Justeru, pihak jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai untuk bersama-sama merealisasikan penyempurnaan rumah Allah ini, sebagai satu amal jariah yang berkekalan.
![]() |
Cadangan Rekabnetuk Masjid |
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun rasmi berikut:
Nama Akaun: Persatuan Jawatankuasa Pembinaan dan Pembangunan Masjid Al-Muttaqin
No. Akaun: 558097063797
Bank: Maybank
Untuk maklumat lanjut atau pengesahan sumbangan, hubungi:
📞 Ust Joshuade Reza Bin Mohd Zaini
Pengerusi (013-5057134)
Ust Ahmad Kamil Bin Hamza Setiausaha (019-4741163)
En. Wan Muhammad Fadli Bin Wan Ibrahim
Bendahari (012-3578512)
Comments
Post a Comment