Food Fest Rasa Fusion & Karnival Belia Madani 2026 Bakal Gegarkan Padang Rengas! Ada Konsert Artis & Makanan Viral

Image
Berita baik buat warga Kuala Kangsar dan kawasan sekitarnya! Jika sebelum ini kita sering melihat festival makanan berskala besar hanya berpusat di bandar-bandar utama, kali ini kemeriahan itu akan dibawa terus ke tempat kita. Bersedialah untuk memanjakan deria rasa anda kerana festival makanan yang ditunggu-tunggu, Food Fest Rasa Fusion , kini sah akan berkampung di Padang Rengas! Ini bukan acara biasa-biasa. Ini adalah festival berskala besar yang bakal menggegarkan Padang Rengas! Buat warga Kuala Kangsar dan kawasan sekitar, bersiap sedia untuk merasai pengalaman luar biasa kerana Rasa Fusion Food Festival 2026 kini bergabung dengan Karnival Belia Madani menjanjikan hiburan non-stop dan syurga makanan buat anda sekeluarga. Berlangsung selama 4 hari berturut-turut dari siang membawa ke malam, acara ini pasti menjadi port wajib singgah untuk hujung minggu anda! Simpan Tarikh Penting Ini! (Save The Date) Jangan tunggu minit terakhir untuk rancang perjalanan anda kerana acara ini di...

Dari Baung Tempoyak ke Kulat Sisir — Inilah Rasa Asli Masakan Kampung Perak di Restoran Jari Delima!

 "Baung Tempoyak dengan Kulat Sisir — haa ini memang Perak ori kome!! 😋 Mana lagi nak cari?!"

Bagi kome yang tengah teringin nak makan masakan kampung yang betul-betul padu, moh la singgah di Restoran Jari Delima. Terletak di Lot 1, Sayong, 33000 Kuala Kangsar, restoran ini sudah menjadi bualan ramai kerana hidangan kampungnya yang asli, sedap, dan membangkitkan nostalgia.

Restoran Jari Delima.

Sejak dibuka, Restoran Jari Delima telah menjadi tumpuan bukan sahaja penduduk setempat, tetapi juga rombongan pelancong dari seluruh Malaysia. Setiap hujung minggu, bas rombongan dari serata Perak, Kedah, Pulau Pinang, malah dari Johor dan Kelantan akan singgah di sini. Bayangkan suasana meriah dengan gelak ketawa, bunyi sudu garpu, dan aroma masakan kampung yang membangkitkan selera sebaik sahaja anda melangkah masuk.

Bas pesiaran yang membawa pelancong luar Perak menikmati masakan
di Restoran Jari Delima.

Pelanggan daripada luar Perak yang menjamu selera di
Restoran Jari Delima.

Pelbagai Masakan Kampung Menawan Selera

Kalau anda pencinta masakan kampung, inilah syurga kecil anda. Menu di sini disediakan dengan penuh kasih sayang dan resipi turun-temurun. Pendek kata air tangan orang lama. Selain menu istimewa seperti:

🍛 Telur Sotong Masak Lemak – teksturnya lembut, santannya pekat, dan rasa lemaknya memikat.

Telur Sotong Masak Lemak


🐟 Ikan Baung Tempoyak – gabungan rasa masam, pedas, dan lemak tempoyak asli membuatkan ramai pelanggan tambah nasi. Ia juga merupakan juadah asli tempoyak versi Kuala Kangsar Perak iaitu menggunakan Ikan Baung Kunyit Sungai Perak.

Ikan Baung Masak Tempoyak


🍄 Kulat Sisir Tumis Kacang Buncis dengan Udang – jarang jumpa di tempat lain, gabungan sayur kampung dan udang segar ini memang juara rasa.

Cendawan Kulat Sisir.


🔥 Ikan Bako – dibakar sempurna, kulit rangup tapi isi lembut dan manis.

Ikan Bakar Talapia

Restoran ini juga menawarkan pelbagai lauk pauk kampung lain seperti gulai lemak cili api, sambal belacan, ulam-ulaman segar, ayam goreng berempah, ikan masin, sambal tempoyak, masak asam pedas, sayur pucuk paku lemak, sambal tumis petai, dan banyak lagi. Setiap hari, lauk akan berganti-ganti supaya pelanggan sentiasa dapat rasa menu yang berbeza.

Khas untuk Peminat Kulat Sisir

Menu Kulat Sisir ini istimewa kerana hanya disediakan pada hari Sabtu dan Ahad. Namun, jika pelanggan benar-benar mahu menikmatinya pada hari biasa, mereka boleh membuat tempahan awal. Bahan yang digunakan segar, dipetik dan dibawa terus dari pembekal tempatan untuk memastikan rasa dan kualiti terbaik.

Cendawan Kulat Sisir Masak Lemak.


Rendang Kerang Kacang Pin.

Rendang Ayam.

Gulai Lemak Ayam.

Kari Daging.


Destinasi Wajib untuk Rombongan & Pelancong

Bagi yang datang secara berkumpulan atau rombongan, Restoran Jari Delima adalah lokasi yang sempurna untuk menjamu selera. Ruang makan yang luas, persekitaran yang selesa, dan layanan mesra membuatkan ramai ketua rombongan memilih untuk singgah di sini.

Tidak hairanlah setiap minggu, bas-bas rombongan akan berhenti di hadapan restoran ini. Ada yang datang selepas lawatan ke Istana Iskandariah, Masjid Ubudiah, atau pekan Kuala Kangsar. Sebaik pintu bas dibuka, suasana jadi meriah — pelancong turun dengan kamera di tangan, sambil terhidu aroma masakan kampung yang menusuk hidung.


Restoran Bersih, Kemas & Selesa

Restoran Jari Delima sentiasa menitikberatkan kebersihan dan keselesaan pelanggan. Setiap ruang makan dikemas rapi, lantai sentiasa bersih, dan suasana dalam restoran terasa lapang dengan susun atur meja yang teratur. Pencahayaan yang terang dan persekitaran yang nyaman membuatkan pelanggan dapat menikmati hidangan dalam keadaan santai dan selesa.


Tempahan Mudah – Klik Je Terus ke WhatsApp

Bagi memudahkan pelanggan, pihak restoran menyediakan kemudahan tempahan awal melalui WhatsApp. Jadi, tidak kira anda datang seorang diri, bersama keluarga, atau membawa satu bas rombongan, makanan anda akan siap terhidang bila tiba.

📍 Alamat: Lot 1, Restoran Jari Delima, Sayong, 33000 Kuala Kangsar
📞 Hubungi / WhatsApp: 017-2484804
💬 Klik untuk WhatsApp terus: https://wa.me/60172484804


Comments

Popular posts from this blog

Bersama Menyempurnakan Rumah Allah: Pembukaan Dana Pembinaan Masjid Al-Muttaqin, Puncak Bougainvillea

JETI LEMBAH KUALE KE DATARAN LEMBAH?

PMX Umum Penghargaan Istimewa Buat Rakyat – RM100 Untuk Semua & Harga Petrol Turun!