Food Fest Rasa Fusion & Karnival Belia Madani 2026 Bakal Gegarkan Padang Rengas! Ada Konsert Artis & Makanan Viral

Image
Berita baik buat warga Kuala Kangsar dan kawasan sekitarnya! Jika sebelum ini kita sering melihat festival makanan berskala besar hanya berpusat di bandar-bandar utama, kali ini kemeriahan itu akan dibawa terus ke tempat kita. Bersedialah untuk memanjakan deria rasa anda kerana festival makanan yang ditunggu-tunggu, Food Fest Rasa Fusion , kini sah akan berkampung di Padang Rengas! Ini bukan acara biasa-biasa. Ini adalah festival berskala besar yang bakal menggegarkan Padang Rengas! Buat warga Kuala Kangsar dan kawasan sekitar, bersiap sedia untuk merasai pengalaman luar biasa kerana Rasa Fusion Food Festival 2026 kini bergabung dengan Karnival Belia Madani menjanjikan hiburan non-stop dan syurga makanan buat anda sekeluarga. Berlangsung selama 4 hari berturut-turut dari siang membawa ke malam, acara ini pasti menjadi port wajib singgah untuk hujung minggu anda! Simpan Tarikh Penting Ini! (Save The Date) Jangan tunggu minit terakhir untuk rancang perjalanan anda kerana acara ini di...

Mee Hailam D'Perak Lain Daripada Yang Lain..??

Restoran Mee Hailam D'Perak terletak bertentangan Padang Golf

Mee hailam adalah satu juadah yang tidak asing di seluruh malaysia, terutama di daerah Parit negeri Perak. Boleh dikata sesiapa sahaja berkunjung ke Parit pasti akan merasai keenakan mee hailam.

Keenakan dari adunan bahan tumisan kuahnya seperti cili kisar dan beberapa kicap 'rahsia' menjadikan kuahnya kaya dengan rasa yang tidak dapat digambarkan.

Mee Hailam


Mee Hailam D'Perak telah melebarkan sayap perniagaannya di Kuala Kangsar, bertempat di Jalan Sultan Iskandar Shah, bertentangan dengan padang golf Kuala Kangsar.

Ia beroperasi setiap hari bermula jam 12 tengah hari hingga 10 malam.

"Kita mewujudkan beberapa kelainan sebagai sebuah tarikan pelanggan-pelanggan yang hadir iaitu selain menu utama mee hailam daging basah, terdapat juga mee hailam udang dan mee hailam ayam yang saya rasa tiada atau susah nak dapat di gerai-gerai lain. Mungkin ada, tapi tak banyak.

"Dan yang paling rare atau tak disangka sekali adalah mee hailam kering pun menjadi pilihan pelanggan. Kami turutkan je apa permintaan pelanggan..," kata Tuan Haji Sham, selaku pemilik mee hailam cawangan Kuala Kangsar.







Mee Hailam kering antara menu pilihan pelanggan

Kepelbagaian menu didalam sesebuah  premis makanan adalah amat penting. 

Pelanggan yang hadir juga dapat memesan menu makanan yang lain selain mee hailam seperti western food, yong tau foo dan juga nasi ayam Thai yang menjanjikan kelainan rasa di Restoran Mee Hailam D'Perak cawangan Kuala Kangsar ini.

Selain itu, yang menariknya Mee Hailam D'Perak juga menghasilkan mee sendiri.

Ia bertujuan bagi memastikan stok mee yang sentiasa mencukupi selain kualiti mee turut terjaga. 

Saiz mee yang dihasilkan oleh Mee Hailam D'Perak sedikit besar berbanding mee yang lain kerana pemilik mengutamakan prinsip "biarlah pelanggan kenyang dan puas hati".


Mesin pembuatan mee digunakan oleh Mee Hailam D'Perak

Kini Mee Hailam D'Perak cawangan Kuala Kangsar ini menjadi salah satu tarikan pengunjung yang hadir ke Kuala Kangsar.

Comments