Muzik Video 'Moh Ke Kuale' Bakal Menemui Peminat Julai Ini !

Image
Warga Kuale dan peminat seni tanah air, bersedia untuk satu naskhah yang bakal mengubati rindu! Buat julung kalinya, portal rasmi kualakangsartv.com membawakan berita eksklusif mengenai pelancaran lagu dan muzik video terbaharu, "Moh Ke Kuale" , yang dijadualkan menemui penonton pada Julai 2026 ini. Projek istimewa ini merupakan hasil terbitan VNC Production  yang berpangkalan di Kuala Kangsar . Ia bukan sekadar hiburan kosong, tetapi sebuah bingkisan seni yang dihasilkan khusus untuk mengangkat martabat, budaya, dan keindahan bandar diraja kita . Sejarah yang Tertangguh: Dari 2019 ke 2026 Lagu "Moh Ke Kuale" ini sebenarnya mempunyai kisah di sebalik tabir yang cukup panjang dan penuh cabaran: Tahun 2019: Proses rakaman awal lagu ini telah mula dijalankan . Zaman Pandemik: Projek ini terpaksa ditangguhkan seketika akibat penularan pandemik COVID-19 . Tahun 2021: Dengan bantuan KAME MUSIC PRODUCTION , rakaman audio lagu ini berjaya disiapkan sepenuhnya . J...

Kedai Nonn Nasi Bungkus sudah 5 tahun beroperasi..

Kedai Nonn Nasi Bungkus di Puncak Bougainvillea


Kedai Nonn Nasi Bungkus menjadi salah satu kedai makan di Kuala Kangsar yang masih mengamalkan konsep nasi bungkus dan dijual dengan harga yang berpatutan.


Justeru, tidak hairanlah perniagaan nasi bungkus yang diusahakan oleh Zainol Ariffin bin Omar Walid, sejak 2017 itu menjadi tumpuan orang ramai susulan harga yang murah dan rasa yang sedap!


Untuk harga nasi bungkus berlaukkan ayam dan ikan keli, harga yang dikenakan ialah RM5.50, manakala bagi nasi bungkus berlaukkan kambing bakar adalah RM14.


Bagi pelanggan yang makan di kedai pula akan disediakan air percuma dan jenis air akan bertukar setiap hari selain kuantiti nasi lebih banyak.


Selain nasi bungkus, coconut shake juga termurah dan merupakan antara menu yang paling laku disini.





Menurut Zainul Ariffin, pada mulanya dia hanya berniaga air kelapa dan keropok lekor, kemudian beralih kepada pernigaan nasi bungkus kerana sukar mendapatkan bekalan stok buah kelapa.


"Walaupun kos bahan mentah sentiasa naik, saya mengambil pendekatan untuk mengekalkan harga yang sama kerana tidak sampai hati untuk menaikkan harga demi memikirkan pelanggan.


"Dalam sehari kita akan dapatkan 30 hingga 40 ekor ayam. Harga ayam sekarang pun dah naik sekali ganda. Belanja untuk beli ayam sahaja dalam RM400 hingga RM600.


"Stok ikan keli pula sehari sebanyak 30kg dan kambing pula 20 hingga ke 30kg," katanya ketika dihubungi Kuala Kangsar TV pada Isnin.


"Ada kalanya terfikir untuk naikkan harga namun kasihan kepada pelanggan terutamanya mereka yang susah, kami tidak sampai hati dan mengambil keputusan untuk mengekalkan harga,


"Sebelum ini saya berniaga seorang di gerai. Sekarang sudah sewa premis dan ambil enam orang pekerja untuk membantu melancarkan operasi perniagaan. Kami pun perlu memikirkan bayaran gaji pekerja, sewa kedai dan sebagainya," katanya yang kini telah berpindah dari lokasi jualan lama dan beroperasi di Puncak Bougainvillea di sini.


Zainul Ariffin juga bercadang mahu mengeluarkan produk sos dan kambing perap jenama Nonn sendiri dan membuka sebuah cawangan di luar kawasan Kuala Kangsar di masa akan datang.


Kedai Nonn Nasi Bungkus beroperasi bermula jam 11 pagi sehingga jam 5 petang setiap hari kecuali pada Jumaat.


Untuk tempahan kambing untuk majlis boleh hubungi 017-5093205.

Comments

Popular posts from this blog

Dari Baung Tempoyak ke Kulat Sisir — Inilah Rasa Asli Masakan Kampung Perak di Restoran Jari Delima!

Hari Kuale Lenggang Serikan Kuala Kangsar, Bukti Bandar Diraja Kaya Budaya

Bersama Menyempurnakan Rumah Allah: Pembukaan Dana Pembinaan Masjid Al-Muttaqin, Puncak Bougainvillea