Food Fest Rasa Fusion & Karnival Belia Madani 2026 Bakal Gegarkan Padang Rengas! Ada Konsert Artis & Makanan Viral

Image
Berita baik buat warga Kuala Kangsar dan kawasan sekitarnya! Jika sebelum ini kita sering melihat festival makanan berskala besar hanya berpusat di bandar-bandar utama, kali ini kemeriahan itu akan dibawa terus ke tempat kita. Bersedialah untuk memanjakan deria rasa anda kerana festival makanan yang ditunggu-tunggu, Food Fest Rasa Fusion , kini sah akan berkampung di Padang Rengas! Ini bukan acara biasa-biasa. Ini adalah festival berskala besar yang bakal menggegarkan Padang Rengas! Buat warga Kuala Kangsar dan kawasan sekitar, bersiap sedia untuk merasai pengalaman luar biasa kerana Rasa Fusion Food Festival 2026 kini bergabung dengan Karnival Belia Madani menjanjikan hiburan non-stop dan syurga makanan buat anda sekeluarga. Berlangsung selama 4 hari berturut-turut dari siang membawa ke malam, acara ini pasti menjadi port wajib singgah untuk hujung minggu anda! Simpan Tarikh Penting Ini! (Save The Date) Jangan tunggu minit terakhir untuk rancang perjalanan anda kerana acara ini di...

Pejabat Kesihatan Kuala Kangsar Lancar Ops Penguatkuasaan Mesin Air


Pejabat Kesihatan Kuala Kangsar menjalankan Operasi Penguatkuasaan Mesin Air sejak minggu lalu.

Program tersebut diketuai oleh Pegawai Kesihatan Bahagian Penguatkuasaan, Encik Mohamad Bin Awang.

Operasi dijalankan dengan menyita sebuah mesin jual air di Padang Rengas, yang mana difahamkan pemilik mesin jual air tersebut tidak menghiraukan notis untuk mendapatkan lesen perniagaan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.




Menurut Mohamad Bin Awang, pelaksanaan operasi serta pengeluaran notis di bawah Seksyen 32B, Akta Makanan 1983.

Mesin air layan diri merupakan mesin yang boleh mengeluarkan air secara automatik  apabila dimasukkan token atau duit syiling.

Setiap mesin jual air perlu dilesenkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah peraturan 360C, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 bagi memberi penekanan terhadap proses penurasan, osmosis songsang atau penyulingan atau pengionan dan penyahjangkitan pada setiap mesin. 

Ia bagi memastikan air yang dijual adalah terawat dan bersih sebelum dibeli pengguna.




Turut hadir, Kalai Vaanu A/p Vengrasalam, Ketua Cawangan Perlesenan & Perkhidmatan Makanan , Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

Menurutnya, pemilik mesin jual air sepatutnya mendapatkan lesen dari KKM.


"Di negeri Perak sebanyak 72.9 peratus daripada 638 mesin air telah mempunyai lesen. Manakala bagi daerah Kuala Kangsar dan Sungai Siput pula, sebanyak 58 mesin dan hanya beberapa mesin jual air belum mempunyai lesen daripada KKM," jelas Kalai.



Jabatan Kesihatan Negeri Perak berkemungkinan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pemilik yang tidak mempunyai lesen dengan menyita mesin jual air.


Mohamad Bin Awang turut berkata, bagaimanapun, tindakan itu hanya akan diambil selepas notis diberikan kepada mereka.


“Kita akan beri nasihat dan teguran (dahulu), kalau tiada sebarang permohonan lesen dibuat maka kami akan menyita mesin air mereka,” katanya pada Kuala Kangsar TV selepas menyertai operasi penguatkuasaan mesin jual air di Padang Rengas baru-baru ini.

Setiap mesin jual air mestilah mendapatkan lesen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia


Mesin yang disita akan diserahkan semula sebaik saja pemilik mendapatkan lesen perniagaan


"Mesin jual air yang disita akan dilupuskan sekiranya tiada sebarang tindakan diambil dan pihak KKM boleh mendakwa sekiranya pemilik mesin air dapat dikesan,".


Semua pemilik mesin jual air dinasihatkan untuk lebih prihatin dengan kebersihan dan keselamatan produk makanan yang mereka jual


Ini kerana pengguna mengharapkan bekalan air yang berkualiti dan selamat untuk digunakan daripada mesin jual air, namun jika mereka tidak memohon lesen pihak KKM tidak dapat memantau dan mengawal kebersihan mesin jual air mereka.


Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk memilih mesin jual air yang berlesen kerana lebih diyakini kualiti kebersihannya.


Bagi mana-mana pemilik mesin jual air, permohonan lesen boleh didapati melalui laman web http://fsq.moh.gov.my dan juga perlu mendaftar pemilikan di https://fosim.moh.gov.my

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Menyempurnakan Rumah Allah: Pembukaan Dana Pembinaan Masjid Al-Muttaqin, Puncak Bougainvillea

JETI LEMBAH KUALE KE DATARAN LEMBAH?

PMX Umum Penghargaan Istimewa Buat Rakyat – RM100 Untuk Semua & Harga Petrol Turun!