Food Fest Rasa Fusion & Karnival Belia Madani 2026 Bakal Gegarkan Padang Rengas! Ada Konsert Artis & Makanan Viral

Image
Berita baik buat warga Kuala Kangsar dan kawasan sekitarnya! Jika sebelum ini kita sering melihat festival makanan berskala besar hanya berpusat di bandar-bandar utama, kali ini kemeriahan itu akan dibawa terus ke tempat kita. Bersedialah untuk memanjakan deria rasa anda kerana festival makanan yang ditunggu-tunggu, Food Fest Rasa Fusion , kini sah akan berkampung di Padang Rengas! Ini bukan acara biasa-biasa. Ini adalah festival berskala besar yang bakal menggegarkan Padang Rengas! Buat warga Kuala Kangsar dan kawasan sekitar, bersiap sedia untuk merasai pengalaman luar biasa kerana Rasa Fusion Food Festival 2026 kini bergabung dengan Karnival Belia Madani menjanjikan hiburan non-stop dan syurga makanan buat anda sekeluarga. Berlangsung selama 4 hari berturut-turut dari siang membawa ke malam, acara ini pasti menjadi port wajib singgah untuk hujung minggu anda! Simpan Tarikh Penting Ini! (Save The Date) Jangan tunggu minit terakhir untuk rancang perjalanan anda kerana acara ini di...

Juadah RM1 LICIN Dijual..Port Makan Mampu Milik Curi Tumpuan Penduduk Setempat


Pelanggan membeli pelbagai kuih-muih yang dijual pada harga RM1 sepaket
di sebuah gerai di Taman Klebang Restu. - Foto KKTV

Walaupun juadah yang  dijual bersaiz kecil, tapi siapa sangka gerai ini berjaya mendapat tumpuan penduduk setempat dan menghasilkan untung yang memberangsangkan.


Nurul Nartisa, 28, anak kelahiran Pulau Pinang menguruskan perniagaan vendor "PORT AYAQ DAN MAKANAN KUIH MUIH SERINGGIT" di Taman Klebang Restu, yang terletak kira-kira 20 minit dari pusat bandar raya Ipoh sejak awal tahun ini.


Idea untuk menjual juadah yang berharga RM1 tercetus apabila adik-beradiknya membincangkan bagaimana cara untuk menjalankan sesuatu bisnes yang orang mampu milik dan mampu beli dengan harga yang murah dikala kita sedang menghadapi cabaran dalam peningkatan harga barangan. 


Beliau membuat bisnes vendor yang menyediakan pelbagai juadah berharga RM1, dan melihat jika ia boleh mendapat sambutan ataupun sebaliknya.


"Inisiatif itu dilakukan agar pengunjung dapat merasai pelbagai kuih-muih dan juadah dengan harga yang murah iaitu RM1 untuk setiap satu paket semua juadah disini.


"Pengunjung yang datang akan mampu untuk membeli pelbagai jenis makanan dengan harga RM1, orang yang kurang berkemampuan pun boleh rasa makan sebab harga murah, itulah niat kami jual murah," sambungnya lagi.


Kira-kira 26 hingga 28 vendor mengambil bahagian untuk menghantar kuih-muih dan pelbagai juadah seperti nasi ayam kunyit, nasi ayam merah, makaroni goreng, kuetiau goreng, nasi lemak, makanan Western, air dan pelbagai lagi produk makanan bersaiz kecil dan berbaloi dengan harga RM1.



Lebih 3000 juadah dijual disini

- Foto KKTV

- Foto KKTV

- Foto KKTV

- Foto KKTV

- Foto KKTV

"Kita niaga ni biasalah.. tak semestinya orang suka, orang sokong.. Ada orang akan sakit hati, ada yang iri hati.

 

"Mereka sampai datang gerai, bising-bising sebab harga kami jual murah. Sampai mengadu ke pihak atasan lah," Nurul Nartisa menceritakan beberapa cabaran yang dilalui walaupun baru sahaja mulakan bisnes ini.


Menurutnya lagi, pengalaman pahit takkan menjatuhkan bisnes ini memandangkan dia hanya berusaha untuk mencari rezeki yang halal dan akan tetap pertahankan perniagaan vendor ini.


Semua vendor juga berpuas hati sebab banyak untung yang mereka walaupun jual murah.


Nasihat Nuruh Nartisa, janganlah peniaga benci sesama peniaga memandangkan mereka semua sama-sama mencari rezeki halal.


Mana-mana pembaca yang nak 'terjah' gerai ni, boleh la ke Taman Klebang Restu. Waktu operasi adalah dari jam 8.00 pagi hingga 7.30 petang. Buka setiap Rabu-Isnin (Selasa tutup).

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Menyempurnakan Rumah Allah: Pembukaan Dana Pembinaan Masjid Al-Muttaqin, Puncak Bougainvillea

JETI LEMBAH KUALE KE DATARAN LEMBAH?

PMX Umum Penghargaan Istimewa Buat Rakyat – RM100 Untuk Semua & Harga Petrol Turun!