Muzik Video 'Moh Ke Kuale' Bakal Menemui Peminat Julai Ini !

Image
Warga Kuale dan peminat seni tanah air, bersedia untuk satu naskhah yang bakal mengubati rindu! Buat julung kalinya, portal rasmi kualakangsartv.com membawakan berita eksklusif mengenai pelancaran lagu dan muzik video terbaharu, "Moh Ke Kuale" , yang dijadualkan menemui penonton pada Julai 2026 ini. Projek istimewa ini merupakan hasil terbitan VNC Production  yang berpangkalan di Kuala Kangsar . Ia bukan sekadar hiburan kosong, tetapi sebuah bingkisan seni yang dihasilkan khusus untuk mengangkat martabat, budaya, dan keindahan bandar diraja kita . Sejarah yang Tertangguh: Dari 2019 ke 2026 Lagu "Moh Ke Kuale" ini sebenarnya mempunyai kisah di sebalik tabir yang cukup panjang dan penuh cabaran: Tahun 2019: Proses rakaman awal lagu ini telah mula dijalankan . Zaman Pandemik: Projek ini terpaksa ditangguhkan seketika akibat penularan pandemik COVID-19 . Tahun 2021: Dengan bantuan KAME MUSIC PRODUCTION , rakaman audio lagu ini berjaya disiapkan sepenuhnya . J...

Murtabak Wan Istimewa - Ini Baru Betul Murtabak!!

Bersama Mohd Imran yang kini meneruskan legasi Pak Wan


Siapa tak kenal MURTABAK WAN yang terletak di Jalan Ashby Road di Ipoh. Nama yang tidak asing lagi bagi penggemar murtabak di Ipoh malah di beberapa kawasan berhampiran. Isi murtabak yang padat menjadi rahsia keenakan Murtabak Wan digemari sejak berdekad lamanya malah masih popular sehingga kini. Rasa satu tak puas, pasti terlagi-lagi!


Perniagaan yang bermula sejak tahun 1970 diasaskan oleh Mohd Ansop Mat Tasman, 75, dan lebih mesra dipanggil Pak Wan oleh pelanggan-pelanggan sejak sekian lama.


Beliau memulakan perniagaan ditepi jalan bersama anak lelakinya. Kemudian, lewat tahun 1980 perniagaan Pak Wan beralih ke kedai di sekitar KTM Ipoh. Namun, setelah penutupan perniagaan di sekitar stesen keretapi, premis Pak Wan beralih pula ke medan selera bersebelahan flat Ashby, Ipoh sehinggalah sekarang.


Kini, perniagaan Murtabak Pak Wan telah diambil alih oleh anak lelakinya iaitu Muhamad Imran Mohd Ansop, 34.


Menurut Imran, keuntungan perniagaan mengalami penurunan mendadak akibat Covid-19 kerana beliau terpaksa akur dengan perintah pihak berkuasa Majlis Bandaraya ipoh (MBI) untuk tidak menjalankan perniagaan sepanjang PKP seperti yang diarahkan oleh Perdana Menteri.




Keistimewaan Murtabak Wan


"Kita akan buat murtabak dan Roti John satu persatu walaupun seribu keping orang pesan. Bahan-bahan mestilah dimasukkan mengikut sukatan yang betul seperti telur sebiji, daging satu senduk, serta kuantiti sayur perlu dititikberatkan supaya rasa sedapnya tak lari dan berlaku keadaan seperti murtabak kurang telur, murtabak terlebih bawang dan sebagainya. Ada orang yang tak suka bila jadi macam tu," jelas Imran mengenai keistimewaan Murtabak Wan.






Terdapat tiga pilihan murtabak, iaitu murtabak ayam, murtabak daging dan murtabak kambing. Cicah pula dengan bawang jeruk dan kuah kari memang padu lah!!


Murtabak Wan juga baru sahaja menambah menu baru iaitu Roti John dan murtabak maggi. Pelanggan boleh minta extra cheese jika mahu. Harga menu disini bermula RM4 hingga RM20.


Min rasakan ianya cukup murah dan terlebih berbaloi untuk mencubanya. Sudahlah sedap, isinya padat rasa macam harga kayangan! Rugi kome tak cuba try. Bukan jauh ke Kolumpo (KL) nun..


FB Murtabak Wan Istimewa

FB Murtabak Wan Istimewa

...

🔍 Murtabak Wan Since 1970

Majlis Bandaraya Ipoh, Gerai, 11, Jalan Raja Ashman Shah, 30460 Ipoh, Perak

017-545 8779

Waktu Operasi:

Isnin - Khamis : 2pm - 830pm.

Jumaat, Sabtu dan Public Holiday : 3pm - 930pm.

Ahad cuti.

Comments

Popular posts from this blog

Dari Baung Tempoyak ke Kulat Sisir — Inilah Rasa Asli Masakan Kampung Perak di Restoran Jari Delima!

Hari Kuale Lenggang Serikan Kuala Kangsar, Bukti Bandar Diraja Kaya Budaya

Bersama Menyempurnakan Rumah Allah: Pembukaan Dana Pembinaan Masjid Al-Muttaqin, Puncak Bougainvillea