Muzik Video 'Moh Ke Kuale' Bakal Menemui Peminat Julai Ini !

Image
Warga Kuale dan peminat seni tanah air, bersedia untuk satu naskhah yang bakal mengubati rindu! Buat julung kalinya, portal rasmi kualakangsartv.com membawakan berita eksklusif mengenai pelancaran lagu dan muzik video terbaharu, "Moh Ke Kuale" , yang dijadualkan menemui penonton pada Julai 2026 ini. Projek istimewa ini merupakan hasil terbitan VNC Production  yang berpangkalan di Kuala Kangsar . Ia bukan sekadar hiburan kosong, tetapi sebuah bingkisan seni yang dihasilkan khusus untuk mengangkat martabat, budaya, dan keindahan bandar diraja kita . Sejarah yang Tertangguh: Dari 2019 ke 2026 Lagu "Moh Ke Kuale" ini sebenarnya mempunyai kisah di sebalik tabir yang cukup panjang dan penuh cabaran: Tahun 2019: Proses rakaman awal lagu ini telah mula dijalankan . Zaman Pandemik: Projek ini terpaksa ditangguhkan seketika akibat penularan pandemik COVID-19 . Tahun 2021: Dengan bantuan KAME MUSIC PRODUCTION , rakaman audio lagu ini berjaya disiapkan sepenuhnya . J...

Sultan Nazrin Zahir Rasa Dukacita 'Kepelbagaian Budaya' Dijadikan Senjata Dalam Perang Budaya Wacana Politk

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah pada Persidangan Antarabangsa mengenai Pemikiran
dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) Keenam 2022. --Foto: Bernama

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menzahirkan dukacita dan kegusaran tentang bagaimana perkataan seperti ‘pelbagai budaya’, ‘kepelbagaian’ dan ‘toleransi’ dijadikan senjata dalam perang budaya wacana politik di peringkat antarabangsa hari ini.


“Sebagai seorang yang meyakini kepentingan dan nilai kepelbagaian, maka beta berasa amat dukacita dan sedikit gusar,” titah baginda dalam ucapan diraja pada Persidangan Antarabangsa mengenai Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) Keenam 2022 di sini hari ini.


Sultan Perak bertitah perubahan sikap yang mendalam terhadap kepelbagaian budaya merupakan suatu tragedi, bukan sahaja kerana ia menyemai benih-benih perpecahan dalam sesebuah negara, malah kerana masyarakatlah yang akan rugi apabila menolak dan menafikan kepelbagaian budaya.


“Tanpa kepelbagaian budaya, beta percaya dunia akan menjadi semakin miskin. Dengan adanya pelbagai asal usul, pelbagai kepercayaan dan kepelbagaian etnik, begitu banyak yang menguntungkan kita dan begitu banyak yang dapat kita pelajari antara satu sama lain,” titah baginda.


Justeru, golongan yang barangkali mencurigai kepelbagaian, haruslah digalakkan untuk menghargai manfaat besar daripada “seluruh manusia, berkongsi seluruh dunia” (all the people sharing all the world), titah baginda yang memetik lirik lagu ‘Imagine’ oleh John Lennon.


Sultan Nazrin bertitah terdapat beberapa kayu ukur yang dapat mengira, bukan sahaja jumlah pelbagai kumpulan berbeza dalam sesuatu masyarakat atau negara, malah tahap integrasi mereka.


Baginda bertitah Model Stirling menggabungkan ukuran kepelbagaian, keseimbangan dan perbezaan untuk menafsirkan kepelbagaian ekspresi budaya, manakala ahli sains sosial yang lain telah menggunakan ukuran pecahan etnik, linguistik dan agama dalam sesebuah negara untuk menunjukkan bahawa perpecahan etnik adalah kayu ukir yang penting dalam meramalkan prestasi ekonomi.


“Kejayaan integrasi budaya pada peringkat nasional telah dikaji berdasarkan pelbagai kayu ukur, termasuklah akses kepada pasaran buruh, pendidikan, penglibatan politik dan perumahan serta khidmat sosial, menggunakan data daripada kajian penduduk dan bancian,” titah baginda.


Selain angka dan statisik, Sultan Nazrin bertitah baginda percaya semua pihak dapat menghargai manfaat kepelbagaian menerusi kisah-kisah sebenar, pengalaman dan perkongsian pertemuan sesama insan.


“Lebih tujuh abad yang lalu, kerjasama antara insan daripada pelbagai agama berjaya memajukan ilmu pengetahuan manusia dan membawa kepada pembangunan bermanfaat buat sains dan budaya. Inilah sesungguhnya tujuan yang harus dikejar kesemua institusi pendidikan sehingga ke hari ini!” titah baginda.


Sultan Nazrin turut bertitah makanan yang lazat mungkin suatu aspek pertukaran budaya yang paling penting dan menggembirakan.


“Walaupun tiada data yang dapat membuktikan bahawa kualiti makanan sesebuah negara berkadar langsung dengan kepelbagaian budayanya, sesiapa sahaja yang pernah merasai hiruk-pikuk pasar jalanan yang menjual makanan atau menikmati hidangan dengan kawan-kawan, pasti menyedari bahawa inilah satu cara kita berkongsi nilai kemanusiaan kita,” titah baginda. 


- Bernama -

Comments

Popular posts from this blog

Dari Baung Tempoyak ke Kulat Sisir — Inilah Rasa Asli Masakan Kampung Perak di Restoran Jari Delima!

Hari Kuale Lenggang Serikan Kuala Kangsar, Bukti Bandar Diraja Kaya Budaya

Bersama Menyempurnakan Rumah Allah: Pembukaan Dana Pembinaan Masjid Al-Muttaqin, Puncak Bougainvillea