Muzik Video 'Moh Ke Kuale' Bakal Menemui Peminat Julai Ini !

Image
Warga Kuale dan peminat seni tanah air, bersedia untuk satu naskhah yang bakal mengubati rindu! Buat julung kalinya, portal rasmi kualakangsartv.com membawakan berita eksklusif mengenai pelancaran lagu dan muzik video terbaharu, "Moh Ke Kuale" , yang dijadualkan menemui penonton pada Julai 2026 ini. Projek istimewa ini merupakan hasil terbitan VNC Production  yang berpangkalan di Kuala Kangsar . Ia bukan sekadar hiburan kosong, tetapi sebuah bingkisan seni yang dihasilkan khusus untuk mengangkat martabat, budaya, dan keindahan bandar diraja kita . Sejarah yang Tertangguh: Dari 2019 ke 2026 Lagu "Moh Ke Kuale" ini sebenarnya mempunyai kisah di sebalik tabir yang cukup panjang dan penuh cabaran: Tahun 2019: Proses rakaman awal lagu ini telah mula dijalankan . Zaman Pandemik: Projek ini terpaksa ditangguhkan seketika akibat penularan pandemik COVID-19 . Tahun 2021: Dengan bantuan KAME MUSIC PRODUCTION , rakaman audio lagu ini berjaya disiapkan sepenuhnya . J...

MYEONGDONG TOPOKKI BUKA CAWANGAN BAHARU DI KUALA KANGSAR

 
Majlis pembukaan outlet MyeongDong Topokki di Kuala Kangsar pada 23 Oktober 2022 yang lepas. Foto--MT

MyeongDong Topokki kini membuka cawangan baharu di Kuala Kangsar!


Restoran autentik Korea yang popular ini, terletak di Persiaran Perbandaran adalah tempat anda boleh  menemui hidangan asli yang diimport dari Korea.


MyeongDong Topokki mula melebarkan sayap perniagaan di Malaysia sejak 2014 dengan konsep yang diinspirasikan dari Korea iaitu Stesen kereta api bawah tanah di MyeongDong sebuah jalan syurga makanan.


Dengan dekorasi yang kreatif dan moden, MyeongDong Topokki menawarkan hidangan makanan panas Korea yang lazat dan semestinya mendapat pengiktirafan Halal oleh JAKIM dan MesTI.


Antara menu yang mendapat permintaan tinggi disini semestinya set Myeongdong Topokki yang dihidangkan bersama bebola nasi, Myeongdong Topokki Super Spicy, Kimchi Topokki, Myeongdong Tokochi, Soy Garlic Topokki with Cheese dan banyak lagi pilihan. MDT Topokki Set ini didatangkan dengan hidangan yang sebahagian besarnya bersama topokki yang  pastinya menyelerakan.


Menu lain yang menarik yang anda patut cuba ialah MDT Value Set seperti Hangul Chicken Ramyun, Jjamppong, Rabokki, Kimchi Jjigae Seafood, Dol Sot Bibimbap dan Mandu Guk untuk sajian yang berkuah dan nasi.


Jangan lupa untuk memesan Yangnyeom Wings & Drumetts, Chicken Mandu, Chessy Bulgogi Fries dan Kimbap untuk sebagai penutup selera anda!


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MyeongDong Topokki, Vincent Lua berkata, pihaknya sangat teruja untuk mengalu-alukan pelanggan ke cawangan mereka.


“Kami menjangkakan peningkatan jumlah pengunjung lebih tinggi setelah hari pembukaan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk tempatan” tambah Vincent Lua.


Cawangan Myeongdong Topokki yang terletak di Persiaran Perbandaran, menjadi tarikan memandangkan ia destinasi runcit dan pembangunan bercampur.


Pelanggan juga boleh memesan makanan melalui aplikasi FoodPanda dan GrabFood.


Lokasi: Lot 643, 8, Persiaran Perbandaran, Bandar Baru, 33000 Kuala Kangsar, Perak. (10am-11pm setiap hari).


Comments

Popular posts from this blog

Dari Baung Tempoyak ke Kulat Sisir — Inilah Rasa Asli Masakan Kampung Perak di Restoran Jari Delima!

Hari Kuale Lenggang Serikan Kuala Kangsar, Bukti Bandar Diraja Kaya Budaya

Bersama Menyempurnakan Rumah Allah: Pembukaan Dana Pembinaan Masjid Al-Muttaqin, Puncak Bougainvillea