PMX Umum Penghargaan Istimewa Buat Rakyat – RM100 Untuk Semua & Harga Petrol Turun!

Rakyat terus dibela, kos sara hidup dikurangkan. Pada 23 Julai 2025, Perdana Menteri Anwar Ibrahim umum pelbagai berita gembira sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia. Dari bantuan tunai, harga petrol lebih murah, hinggalah cuti umum tambahan — inilah langkah-langkah terkini demi kesejahteraan semua. PENCAPAIAN EKONOMI NEGARA Ekonomi MADANI diperkenalkan untuk memperbetulkan kepincangan struktur dan meningkatkan tatakelola. Ekonomi Malaysia kini berada di landasan kukuh dan mendapat pengiktirafan antarabangsa. KDNK suku pertama 2025 berkembang 4.4%, dan diunjur 4.5% untuk suku kedua. Malaysia kini di tangga ke-23 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2025 – lonjakan 11 anak tangga. Ringgit mengukuh lebih 5% ke paras RM4.23/USD dan antara lima mata wang terbaik Asia. PENGUKUHAN EKONOMI UNTUK RAKYAT Pertumbuhan ekonomi digunakan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. a) Kadar pengangguran menurun dari 3.9% (2022) ke 3.0% (Mei 2025). b) Gaji minimum dinaik...