Muzik Video 'Moh Ke Kuale' Bakal Menemui Peminat Julai Ini !

Image
Warga Kuale dan peminat seni tanah air, bersedia untuk satu naskhah yang bakal mengubati rindu! Buat julung kalinya, portal rasmi kualakangsartv.com membawakan berita eksklusif mengenai pelancaran lagu dan muzik video terbaharu, "Moh Ke Kuale" , yang dijadualkan menemui penonton pada Julai 2026 ini. Projek istimewa ini merupakan hasil terbitan VNC Production  yang berpangkalan di Kuala Kangsar . Ia bukan sekadar hiburan kosong, tetapi sebuah bingkisan seni yang dihasilkan khusus untuk mengangkat martabat, budaya, dan keindahan bandar diraja kita . Sejarah yang Tertangguh: Dari 2019 ke 2026 Lagu "Moh Ke Kuale" ini sebenarnya mempunyai kisah di sebalik tabir yang cukup panjang dan penuh cabaran: Tahun 2019: Proses rakaman awal lagu ini telah mula dijalankan . Zaman Pandemik: Projek ini terpaksa ditangguhkan seketika akibat penularan pandemik COVID-19 . Tahun 2021: Dengan bantuan KAME MUSIC PRODUCTION , rakaman audio lagu ini berjaya disiapkan sepenuhnya . J...

Keretapi Sarong 2023: Peserta Menggayakan Busana Tradisonal Meriahkan Sambutan Hari Malaysia!

Lebih 500 peserta menyertai Keretapi Sarong 23 sempena sambutan Hari Malaysia di Ipoh.


Meriah dan muhibbah!


Lebih 500 peserta dari pelbagai kaum dan umur menyertai program Keretapi Sarong 2023 (KS2023), yang diadakan di perkarangan Keretapi Tanah Melayu (KTM), Ipoh, bertujuan memupuk perpaduan dan menyemai semangat cintakan negara sempena sambutan Hari Malaysia, hari Sabtu yang lalu.


Bertemakan ‘Etnik dan Perpaduan, mereka membuktikan tidak ada yang memalukan untuk mengenakan pakaian tradisional, lengkap dengan pelbagai perhiasan etnik, malah ada yang megah berkain sarung batik dan ‘kain pelekat’ yang melambangkan budaya dan warisan negara.


Joget lambak antara sebahagian acara program


Fatin Sulaiman, 19, peserta yang datang dari Kuala Kangsar bersama rakannya berkata peluang menyertai program KS2023 sememangnya dinantikan.


“Ini kali pertama saya join. Seawal 7 pagi kami dah bertolak dari Kuala Kangsar menaiki komuter ke Ipoh bagi mengelakkan kesesakan dalam komuter. Semasa perjalanan, kami sempat bertegur sapa dengan peserta-peserta lain yang turut pergi ke KS2023.


"Di samping itu, penumpang Cina dan India turut semangat dan kagum dengan busana kami. Mereka memuji dan mengambil gambar bersama-sama peserta KS2023 selain turut mengucapkan 'Selamat Hari Malaysia' kepada semua  penumpang komuter.


"Program ini sangat menarik. Selain dapat memperagakan busana tradisional ia juga dapat mengeluarkan imej masyarakat yang berbilang kaum dan menyatupadukan semula rakyat.


"Walaupun baru kali pertama kita berjumpa, peserta mahupun yang bukan dapat bertegur sapa dan saling memuji keindahan busana pelbagai etnik dan ianya dapat mengeratkan silaturahim sesama kita rakyat Malaysia," katanya.


Seorang lagi peserta dari Kuala Lumpur, Farah Hisham, 28, berkata menerusi program KS2023 beliau berpeluang menyambut Hari Malaysia bersama kawan-kawan baru.


“Tahun ini saya memilih Ipoh untuk menyertai program ini, walaupun di Kuala Lumpur sambutan KS2023 lebih meriah.


“Acara ini berjaya memupuk hubungan mesra dan membentuk perpaduan berbilang bangsa. Walaupun saya datang ke sini secara solo, tapi ramai peserta yang peramah tanpa mengira perbezaan.


"Buktinya, saya dapat berkenal-kenalan dengan peserta dari Taiping, Kuala Kangsar, Kedah, dan Penang dan kami menyambut program ini bersama-sama sehinggalah habis” katanya.


Para peserta berarak mengeliling Ipoh sambil mengibarkan Jalur Gemilang

Selain itu, tiga beranak berjaya mencuri tumpuan apabila mengenakan pakaian bercirikan kepelbagaian kaum.


Mohd Noorsaili Firdaus Sailillah, 40, mengenakan busana kaum India, manakala isterinya, Zamrut Sulaiman, 41, berbaju kurung tradisional Melayu dan anak tunggal mereka berusia enam bulan, Zayn Zidane mengenakan pakaian kaum Cina.


Mereka membelanjakan hampir RM200 untuk menggayakan busana tersebut semata-mata mahu menekankan simbolik perpaduan kaum-kaum utama di Malaysia.



Program KS2023 merupakan anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), LOCCO dan Kelab Sosial Ipoh (ISC) bertemakan 'etnik'.


Pengasasnya, Deena Erissa Delaila Mohd Zawawi berkata program tahun ini mengetengahkan tema ‘etnik’ perbagai kaum.


“Sambutan meriah daripada peserta pelbagai negeri memberi 'green light' bahawa program ini boleh diteruskan pada masa hadapan kerana ia mampu memupuk semangat cintakan negara dan warisan budaya,” katanya.


Acara yang sama turut berlangsung serentak di bandar-bandar utama seperti Johor Bahru (sepanjang Sungai Segget), Stesen Kereta Api Ipoh (KTMB Ipoh) dan Kuala Terengganu (Perkampungan Budaya Terengganu), serta di London, United Kingdom (Stesen Janakuasa Battersea).

Comments