Hari Kuale Lenggang Serikan Kuala Kangsar, Bukti Bandar Diraja Kaya Budaya
Hari Kuale Lenggang Serikan Kuala Kangsar, Bukti Bandar Diraja Kaya Budaya KUALA KANGSAR, 21 Sept – Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) menyasarkan untuk menjadikan Hari Kuale Lenggang sebagai acara dwitahunan yang mampu menonjolkan bandar diraja ini sebagai pusat budaya, destinasi pelancongan serta komuniti mapan di negeri Perak. Penganjuran sulung semalam hasil kerjasama MPKK, Visual Motion Lab, Think City dan Yayasan Hasanah itu berjaya menghimpunkan lebih 7,000 orang pengunjung yang membanjiri sekitar Jalan Kangsar. Yang Dipertua MPKK, Dr. Sakduddin Zamli berkata program ini diinspirasikan daripada Kuale Car Free Day , namun dipelbagaikan dengan aktiviti berbentuk budaya, gaya hidup, sukan dan kesedaran komuniti. “Hari Kuale Lenggang dapat menonjolkan Kuala Kangsar sebagai destinasi pelancongan utama, selain memberi manfaat ekonomi kepada peniaga tempatan. Ramai yang berterima kasih kerana diberi ruang untuk memperkenalkan produk mereka,” katanya. Pegawai Eksekut...